kulit kusam, mamamarvelous

Kulit Kusam?

Kulit kusam antara masalah kulit yang utama di kalangan masyarakat kita.

Apabila dilanda kulit kusam, seseorang akan hilang seri wajah dan kelihatan agak serabut, malah ada yang nampak lebih tua dari usia sebenar.. Ini menyebabkan kurangnya keyakinan diri dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Ini berlaku disebabkan sel kulit mati yang tidak dibuang. Sel kulit mati ini bertambah dari hari ke hari apabila terlalu terdedah secara langsung pada sinaran cahaya matahari dan pencemaran udara. Selain itu, ini boleh berlaku juga disebabkan penggunaan produk-produk kecantikan yang tidak sesuai serta kurang minum air!

air, mamamarvelous

 

TANDA-TANDA KULIT KUSAM

 

1. Muncul Kedutan Atau Garis-Garis Halus Pada Kulit Wajah

Kulit kusam dan penat disebabkan kurangnya nutrisi pada wajah. Ia boleh menyebabkan proses penuaan menjadi lebih cepat dengan kemunculan kedutan di kulit wajah.

2. Lingkaran Hitam Di Sekitar Mata

Munculnya warna hitam di sekitar mata jelas menunjukkan kulit wajah anda penat. Ia disebabkan gaya hidup anda yang kurang sihat dan disertai dengan kurangnya tidur, pola makanan yang tidak teratur serta pengambilan makanan yang tidak sihat.

3. Kulit Wajah Terasa Kering

Kulit kelihatan kusam kerana keadaannya yang kering dan kasar. Ia disebabkan oleh kurangnya cecair yang terkandung di dalam tubuh. Kulit wajah yang kusam cenderung tidak segar dan terasa kaku apabila disentuh.

4. Kulit Wajah Jadi Sangat Berminyak

Kulit berminyak disertai dengan kotoran yang berasal daripada pencemaran udara boleh membuatkan kulit nampak kusam dan penat. Cara membersih kulit wajah yang tepat dan teratur boleh menjadi jalan penyelesaian bagi permasalahan ini.

 5. Muncul Jerawat-Jerawat Kecil

Jika muncul jerawat-jerawat kecil atau jerawat nasi boleh menunjukkan tanda bahawa adanya permasalahan kulit. Kulit kering ataupun berminyak disertai dengan jerawat-jerawat kecil tentunya membuatkan anda berasa tidak selesa.

Jika anda ada tanda-tanda ini, mungkin anda mengalami masalah kulit kusam. Atasinya segera.

Sumber

Semua entri blog berkaitan Kulit Kusam? Klik sini

Anda ada masalah kulit kusam? Klik sini

Untuk tidak terlepas info penting, JOIN: telegram.me/MamaMarvelous

Suka entry ni? Jom share dengan kawan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *