Prolicious dan Saya

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Dalam post ni saya akan kongsikan bagaimana Prolicious membantu dalam mencerna lemak dalam badan kita. Bagi yang ada isu ni, pastikan baca sampai habis ye sebab saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri bersama Prolicious.

First, kita pegi kepada cara bancuh dulu..

Cara Penyediaan

Cara penyediaan Prolicious
  1. Sediakan 200 – 300ml air kosong / air suam yang panasnya kurang dari 40 darjah Celcius. Jangan kurang dari 200ml kerana ini akan menyebabkan Prolicious anda rasa sangat manis – manis dari campuran botani buah-buahan di dalamnya.
  2. Masukkan satu sachet Prolicious dan kacau sehingga larut.
  3. Siap dan sedia diminum. (Habiskan minuman dalam 30 minit selepas dibancuh)

Kandungan

Prolicious
Kandungan Prolicious

Maklumat Pemakanan

Prolicious
Maklumat Pemakanan Prolicious

Pengalaman Sendiri

Since Prolicious adalah produk baru di pasaran, saya baru habis sekotak – means dah 20 sachet saya minum sehingga post ni ditulis.

Kali pertama saya minum, saya sangat amaze dengan rasanya – sedap giler! Sebijik macam vitamin C anak-anak yang kadang-kadang saya ‘curi’ makan sebijik hehehe. Memang rasa campuran buah-buahan.

Lepas minum, malam tu saya ok je, tak membuang. Saya mula membuang keesokan harinya. Nak kata teruk sangat perut memulas tu, tak la jugak. Rasa nak membuang normal macam biasa. Yang tak biasa ialah keluar agak berminyak sket. Warna pun agak gelap. Bau jangan cakap! Dan hari tu dua kali proses tu berlaku.

Kalau tak silap saya dalam 2-3 hari jugak saya membuang 2 kali sehari, dan saya memang consume Prolicious setiap malam berturut2 minggu pertama tu. Selepas tu barulah ada terskip dalam 2 kali mcm tu. Selebihnya memang tiap-tiap malam.

berat badan, timbang, kurus,
Catatan yang dibuat pada hari ke3.. hari pertama tak timbang lagi, penimbang digital belum beli 7.4.2019
berat badan, timbang, kurus,
Hasil timbang pagi tadi 27.4.2019

Dan hasil dari sekotak tu, berat saya turun 2.5kg! Alhamdulillah.. Lemak pun berkurangan 2.8%. Saya taknak bagitahulah dari berapa peratus ke berapa peratus, malu.. Kang korang terkejut b*ruk plak.

Dalam masa pengambilan 1 kotak pertama ni, saya ada berpuasa 3 hari. agaknya tu yang lagi cepat tu. Hopefully bulan Ramadhan ni saya boleh capai berat badan ideal. Amiiiiiin

Perut rasa sangat ringan dan selesa (walaupun masih ada perut), takde dah rasa se’eh atau sesak terutama ketika solat. Paling best proses membuang memang lancar. Apa yang saya perasan, kalau makan ngarut-ngarut, kerap sket buang air kecil. Kalau tak, ok je.

Lagi satu, kuantiti makanan yang saya ambil tak macam dulu. Makan sikit pun rasa dah kenyang sangat. Mungkin sebab saya consume Prolicious dan Min Kaffe. Min Kaffe juga mengenyangkan, cuma saya dah consume Min Kaffe ni lama. Rasa bila gabung dengan Prolicious ni lagi cepat kenyang. Min Kaffe saya minum setengah jam sebelum makan, Prolicious saya minum 1 jam selepas makan malam atau pun sebelum tidur – ikut mood.

Kesan pengambilan ni mungkin berbeza setiap orang. Yang penting, minum berterusan terutama di peringkat permulaan untuk dapat kesan yang optimum. Saranan-saranan yang memang sepatutnya untuk kesihatan tu memang kena amalkan seperti minum air kosong yang banyak, kurangkan makanan berkolesterol dan makan makanan yang seimbang. Prolicious membantu mempercepatkan tercapainya matlamat kita, Insyaallah.

Prolicious bukan produk khusus untuk kurus, tapi lebih kepada penjagaan usus dan sistem pencernaan yang lebih sihat. Bila usus kita sihat, lemak berlebihan dapat dicernakan dengan baik setiap hari. Secara tak langsung berat badan kita juga akan ada penurunan, Insyaallah.

Untuk dapatkan Prolicious, klik button di bawah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *